Antara kahwin dan gembira
Apa yang ada di antara kahwin dan gembira?
Nikmat? Sakit hati? Coklat? Masak lemak? Pisang goreng? Teh? Kopi? Semuanya dan banyak lagi.
Yang tiadanya orang mengahwini Krismas, hari yang disambut oleh penganut Kristian yang mengikut kalendar Gregorian sebagai hari kelahiran Isa bin Maryam. Namanya dalam bahasa Yunani ialah Yesus Kristos, maka dapatlah kita nama Inggerisnya Jesus Christ. Penganut Kristian Ortodoks yang masih mengikut kalendar Yunani tidak merayakan hari kelahiran Isa pada 25 Disember, tetapi seminggu kemudian.
Biar apapun, satu laman web universiti awam telah mengucapkan semua pengunjung laman webnya, "Kahwin Krismas". Aku tiada terjemahan lain untuk "MARRY KRISMAS". Ada orang boleh muncul dengan terjemahan konteks selain daripada salah eja yang harus diperbetulkan, dan jika tidak, sukar dimaafkan sebagai kesilapan menaip? Remehnya catatan aku ini, tapi haruskah kita beremeh?
Kawan-kawan dan keluarga bolehlah email aku, aku bagitau urlnya.
2 Comments:
terlalu ghairah nak bercuti agaknya, sampai tersalah type.
salam,
termasuk blog ni masa search 'teluk sepanggar'. catatan menarik. kalau update selalu mesti hit. anyway dah masuk mylist.
Post a Comment
<< Home