Buka puasa 1426
Di surau kolej universiti
sekotak kecil buah tamar
barangkali ada 30 biji
sepuluh tangan berlanggar
selepas azan maghrib
pasang telinga dengar
pembesar suara belum dibaiki
dua minggu, begitulah iftar.
Di masjid besar Regent Park
sarat tamar di atas meja
tidak terperi banyak
ratusan tangan berlaga
sebelum azan maghrib
kalau orang tak tau, kata tamak
menunggu suara bilal tanda mula
ada saja yang berbuka dengan ayak*.
* loghat bahasa Melayu dari utara Semenanjung Malaysia, untuk air.
Yasmin
London 17 November 2005
0 Comments:
Post a Comment
<< Home