SetEnvIfNoCase Referer "^http://sepanggar\.blogspot\.com/" local_ref=1 Order Allow,Deny Allow from env=local_ref

Friday, October 28, 2005

Aidil Fitr


Selamat Hari Raya

Jawi ini aku 'tulis' sendiri dengan Microsoft Paint. Bahasa Melayu jawi aku dipelajari sendiri, kalau ada silap, tolong tunjukkan, terima kasih.

Budak-budak ligat main dengan kawan,
orang tua membakar lemang pulut;
selamat hari raya dari perantauan,
maaf zahir batin tetap di mulut.

Ramadhan mulia pergi jua,
lambaian Syawal menggamit lagi;
andai tersilap sesama kita semua,
ampun dan maaf mohon dibagi.





*******
Seribu satu bahasa ucapan raya:
Paling biasa kita dengar, "Selamat Hari Raya, maaf zahir batin."
Budak-budak kengkadang akan tanya, semakin hari semakin berani, "Duit raya mana?" Kalau aku ada anak suatu hari nanti, janganlah dia jenis pendiam seribu bahasa, tapi minta-minta, janganlah dia ungkap ayat terakhir itu; sesungguhnya budi bahasa anak adalah cermin didikan di rumah.

Orang Melayu pantang digelar kurang ajar. Jika seseorang itu kurang ajar, bukan sahaja seorang itu yang dikatakan kurang ajar, malahan ibubapa, satu keluarganya telah kurang mengajarnya!

Kalau diungkap dalam bahasa Cina, lagi memalukan. Jika diterjemah, dalam bahasa Cina, maksudnya, "yang tidak dididik oleh keluarga"!

Kini, ucapan "Selamat Hari Raya" sudah sekian lama tidak aku dengar, kecuali di perkarangan Dewan Malaysia. Yang saban hari aku dengar, ialah "Eid Mubarak", atau yang tidak erti berbahasa Arab dua perkataan itu, maka diucapnya "Happy Eid".

Biar apapun bahasa ucapannya, ia tetap sama bagi aku. Ramai orang Malaysia berkata, "Tahun ini aku beraya di luar negeri. Tiada ertilah, tiada suami/isteri di sisi, tiada anak, dan sebagainya." Kenapalah saudara senegara aku sering alpa, "Raya itu untuk apa?"

Bukankah raya itu meraikan kita selamat berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan? Bukankah puasa itu bukan untuk manusia? Puasa itu adalah untuk Allah Taala. Maka jika puasa itu untuk Allah, kenapalah kita bersedih sangat tika tiada ucapan raya dalam Bahasa Melayu, jika tiada keluarga beraya sekali, waima jika tidak dapat balik kampung?

Ya, barangkali kita rindu akan suasana raya di Malaysia. Namun, janganlah perasaan rindu ini mengambil alih tempat perasaan syukur kerana selamat berpuasa untuk setahun lagi.

5 Comments:

At Friday, November 11, 2005 1:23:00 am, Blogger Umi_Aliesha kata...

Assalamualaikum Yasmin...ejaan tulisan jawi tu ada sedikit pembetulan. aidilfitri tu huruf alif dan lam shj, "al" dan fitri tu kena tambah huruf ya dihujungnyer..Lg satu sebenarnya perkataan Aid tu bermaksud raya so kalau selamat hari raya aidil fitri kita dah tersebut dua kali raya.~Aidi Fitri Mubarak!~SPE98-01

 
At Friday, November 11, 2005 2:18:00 pm, Blogger Yasmin kata...

Walaikumsalaam Umm Aliesha,
Tima kasih bebanyak atas penjelasan tu. Nanti, bila ada masa senggang nanti, saya perbetulkan. Tiga-empat hari ini, sibuk ngejar kerja, semput dibuatnya. Alhamdulillah, setakat ini tidak pernah semput sampai batuk kering lagi ni. hehehehehehe.
Selamat Hari Raya,
Yasmin

 
At Saturday, November 12, 2005 11:51:00 am, Blogger Yasmin kata...

Samurai, kalau budak tadika anak orang lain tak leh lah aku nak kata, dah anak orang lain. Kalau aku ada anak, biarlah aku ajar anak aku tu sebelum dia masuk tadika, permintaan jujur tak semestinya sentiasa disuarakan. Sama jugak, sedih tak perlu sentiasa merintih. Gembira tak perlu sentiasa ketawa menghilai. Adab kelakuan yang mesti sentiasa dijaga, biarpun marah mencanak-canak sekali pun. Mangkali terlalu ketat disiplin kot? :D Dah aku dibesarkan mak cam tu, nak buak cam mana kan. Syukurlah mak aku mengajar aku kecil-kecil dulu gitu supaya aku tak mengomel bila sedara pakcik-makcik aku kasi RM1 untuk duit raya. Duit raya tak boleh diminta, kalau tak dibagi pun kena senyum dan jamu tetamu. Kalau dibagi, sampul duit raya tak boleh dibuka sampai bayang tetamu dah tinggalkan pintu pagar.

Patutlah ada orang tua mengeluh, budak-budak zaman sekarang banyak yang kurang adab, tapi kaya serba-serbi kebendaan. Aku yang boleh dikatakan belia pun mula setuju ngan orang tua. Belia di Malaysia kan sampai umur 40 tahun? Had umur persatuan-persatuan belia di Malaysia ialah 40 tahun!

Bolehlah kita awet muda lama sikit :D

 
At Sunday, November 13, 2005 6:37:00 am, Blogger asmiaty kata...

kembar ngn adik dia balik kampung, makcik dia bagi duit raya, dipulangkannya balik...terkejut juga..tanya apasal pulangkan?
Selambe je kembar cakap "kesian makcik duitnya tak banyak".
Hud lak kata "Hud tak suka duit". Tahun lepas, hud koyakkan duit raya yang orang bagi...

Bah kalu ikut slang orang Semporna, dia kata "Bassukulla Nak"...

 
At Sunday, November 13, 2005 3:33:00 pm, Blogger Yasmin kata...

Zuhud betul anak-anak buah aku. Sukur la bah. err... ni slang KK kot?

 

Post a Comment

<< Home