SetEnvIfNoCase Referer "^http://sepanggar\.blogspot\.com/" local_ref=1 Order Allow,Deny Allow from env=local_ref

Friday, June 29, 2007

Setiap satu ada masanya

Oleh Yasmin
Kota Kinabalu, Maghrib, Jumaat, 29 Jun 2007
Karya asal dalam bahasa Inggeris

Dengar
tika hari masih muda
cahaya belum hinggap
tika tilam masih panas
kain cadar bergesel
seorang bergolek
mencari ruang empuk
yang belum ditindih.

Aku masih bekerja, berfikir,
tika tidur masih belum singgah
aku bergantung kepada sabar,
kepada tekun, untuk melalui
jalan ini, yang sudah dijejaki ramai
dan ramai lagi akan melalui
ada yang kecewa dan mengalah
ramai lagi yang bertahan
setiap satu ada masanya.

Dibuatnya aku tidak membuka langkah
aku tak kan menemui Engkau, sentiasa ada
perjalanan ini menjadikan aku kaya
dalam seribu satu cara
aku sudah berubah dari mula-mula
dari naif, teragak-agak, mempercayai, penuh harapan
kepada kritikal, masih mempercayai, lagi sarat dengan harapan.

Aku dulunya berharap
agar impian menjadi kenyataan
ada kalanya menjadi, ada kalanya tidak
aku sudah belajar
semuanya akan berlaku seperti kehendak Engkau
aku tidak tahu masa itu
Engkau tunjukkan bagaimana, mengapa
aku tahu sekarang, aku cinta pada Engkau
aku tak mahu lagi tergesa-gesa
kerana aku tahu sekarang
setiap satu ada masanya.

Pendengar
Engkau mendengari aku
biarpun aku tidak bersuara
bila tiada kata untuk membahasakan
apa yang ingin aku bagi tau
aku ada begitu banyak soalan
Engkau menjawab
dengan petunjuk yang sekian lama aku kenal
ada orang kata Engkau suatu ciptaan,
buat menenang orang yang hampa
sedangkan Engkau yang mencipta,
bila aku berpaling kepada Engkau,
aku mengaku kerapuhanku, kemanusiaanku.

Dengar
kawan-kawan aku
fikirkan ini
begitu ramai sebelum kita
dan ramai lagi selepas kita
setiap orang dalam masanya, zamannya
tapi semua dengan lagu yang sama
“Pergi, supaya engkau boleh kembali”
Aku pergi, mempercayaiNya,
Kerana aku ingin kembali,
kepadaNya, dan Dia sahaja,
Satu-satunya
Aku bertanya kepadaNya,
“adakah giliran aku di hari Jumaat?”

3 Comments:

At Tuesday, August 28, 2007 2:45:00 am, Anonymous Anonymous kata...

Salam Dr. Yasmin. Wah, Dr. ada bakat menulis puisi. Tahniah! Saya pernah terlihat Dr. semasa Pertandingan Akhir Debat Antara Kolej Kediaman di UMS baru-baru ini. Teringin mahu berkenalan dan bersahabat.

 
At Wednesday, October 24, 2007 4:28:00 am, Blogger Yasmin kata...

Wasalam Ezza, kita dah berjumpa masa raya. :)

 
At Friday, October 26, 2007 8:37:00 am, Blogger Puteri Ezza kata...

Ya, kita dah berjumpa di rumah Kak Ony semasa raya baru-baru ini :-)

 

Post a Comment

<< Home