SetEnvIfNoCase Referer "^http://sepanggar\.blogspot\.com/" local_ref=1 Order Allow,Deny Allow from env=local_ref

Friday, November 18, 2005

Mari main

Ada budak-budak main guli
tiada tempat untuk kaki buli
kengkadang bila besar jadi laki bini
nak merajuk, semuanya dah lali.

Ada budak asyik nonton tivi
gi sekolah pagi balik tuisyen lagi
ditegah bergaul, konon sangsi nanti
gaduh sikit tak leh rujuk kembali.

Yasmin
London 18 November 2005

Musim luruh

Ini tanda-tana
musim luruh akan tiba
satu jam ditoreh dari masa
waktu musim panas tamat.

Sang tupai singgah dua kali
si kenit itu datang lebih sekali
tersengih tanpa segan-silu
meminta kacang di pintu.

Jalan raya dihampari daun kuning
serak-serak bunyi ditiup angin
air hujan semakin terasa dingin
keluar rumah mula pakai stokin.

Kucingku mula tarik tilam kapas
tidur bawah alat pemanas
aku mula cemburu dan rimas
bulu mereka tebal lagi panas.

Subuh semakin hari semakin lewat
maghribnya pula bertambah cepat
baru lima petang malam dah pekat
elok bangat kalau berpuasa sunat.

Yasmin
London
17 November 2005

Buka puasa 1426

Di surau kolej universiti
sekotak kecil buah tamar
barangkali ada 30 biji
sepuluh tangan berlanggar
selepas azan maghrib
pasang telinga dengar
pembesar suara belum dibaiki
dua minggu, begitulah iftar.

Di masjid besar Regent Park
sarat tamar di atas meja
tidak terperi banyak
ratusan tangan berlaga
sebelum azan maghrib
kalau orang tak tau, kata tamak
menunggu suara bilal tanda mula
ada saja yang berbuka dengan ayak*.

* loghat bahasa Melayu dari utara Semenanjung Malaysia, untuk air.

Yasmin
London 17 November 2005

Mari kira belanja

Sewa bilik empat ratus
beres itu tinggal satu ratus
isi perut enam puluh
bil telefon tiga puluh
ke hulu ke hilir percuma
mujur ada basikal tua.

Duit beli buku pula?
belum lagi masuk kira
Apakah daya?
bapa gula tiada
Napa sampai gini kemelut?
Dah lama kena usung semut.

Akaun bank datang hujung bulan
macam perempuan datang bulan
tengok-tengok, merah sebiji sama
mujur ada kad hutang 555
ihsan National Westminster
cukup bulan bayar bunga!

Yasmin
London 16 November 2005

Sunday, November 13, 2005

Bintang berdegup

Setelah bulan cair, aku balas, "Satu hari nanti, bintang berdegup."

Asmiaty pulak membalas:
"Bulan jatuh keriba, bulan cair, bulan dipagar bintang, bulan kesepian, bulan berasmara?
Bintang berdegup???? Bintangku kesepian, bintang siang, bintang akademi fantasia..matahari kesejukan macamana????"

Terfikir aku dua jenis bintang, satu yang di langit, yang bebudak tadika diajar nyanyi nursery ryhme Bahasa Inggeris, "Twinkle, twinkle little star..." Satu lagi ialah bintang yang berhasrat naik ke langit, macam omputih kata, "Rising star," mengidam nak jadi bintang pujaaan. Kengkadang mengidamnya itu lebih menjadi-jadi dari perempuan mengandung anak kembar tiga. Aku malas nak pakai istilah Anglo-Melayu, yang popular di kalangan pengkritik majalah hiburan sekarang ini, selebriti, dari bahasa Inggerisnya, celebrity.

Jadi terhasillah ini:

Bintang di langit berdegup
kerna kepanasan
apinya meluap-luap
saja kita nampak
cahayanya mengenit-ngenit.
SubhanaAllah, kuasa Illahi.

Bintang Akademi Fantasia berdegup
kerna kegusaran
adegan mencanak-canak
menggadai air muka
memancing undi SMS.
Astaga, kuasa berahi.

Bintang di langit berdegup
toko pasar malam lega
malam ini hujan tak jadi.

Bintang di akademi berdegup
toke ASTRO menang laga
pejam mata duit datang ngan undi.

Saturday, November 12, 2005

Telatah air

Sementara aku tengah kelaparan, nak gi beli makan tengahari, aku teringat nak baca kembali tulisan Asmiaty yang mengejar matahari, yang bercerita pasal anaknya yang mengatakan bulan cair. Lepas tu, aku terpikir pasal telatah air, ni dia telatah air.


Air hujan menari dangdut,
kena pada lantai papan,
melantun kembali.

Ombak merajuk,
sekejap datang berkejar-kejaran,
sekejap berundur menarik diri.

Embun malas,
satu malam duduk bawah daun,
tak turun-turun sampai pagi.

Air paip jual mahal,
tambah lagi selalu lupa tutup,
bil sampai, mengeluh lagi.

Jangan buang tabiat ngan air,
kang tiada pula untuk wuduk,
nahas lagi tiada untuk mandi.


Selamat hari raya. Posted by Picasa